6 Teknik Petunia

Written by darah bunga sahara 3 comments Posted in: ,


Petunia ialah tanaman gantung yang paling popular dan diminati. Berasal dari benua Amerika Selatan dari family Solanacea .
Perkataan petunia berasal dari bahasa Perancis iaitu Petun iaitu tembakau kerana mempunyai cirian yang hampir dengannya. Di Malaysia, penanaman petunia sebagai pokok hiasan sering mengundang pelbagai pertanyaan dan salah faham. Ramai yang beranggapan petunia tidak boleh langsung ditanam dikawasan panas. Sebetulnya, petunia ialah pokok yang memerlukan cahaya matahari yang banyak (80-100%). Disebabkan ciriannya yang menjulur kebawah, petunia sangat sesuai ditanam sbagai tanaman gantung.
Berikut ialah 6 tip utama penjagaan petunia
1) Cahaya
Petunia ialah pokok berbunga dan disebabkan itu pokok ini sangat memerlukan cahaya matahari penuh. Gantungkan petunia di kawasan yang menghadap cahaya matahari
2) Siraman
Siram petunia satu hari sekali bagi mengelakkannya melepuh. Adalah dinasihatkan supaya menyiram ptunia di waktu pagi kerana siraman pada waktu petang mendedahkan pokok kepada serangan kulat pada waktu malam. Terdapat juga nasihat pakar yang menggalakkan petunia ditanam dalam pasu plastik dari jenis self watering (boleh didapati di kebanyakan nursery)
3) Pembajaan
terdapat dua situasi bagi pembajaan petunia. Petunia yang masih berbunga boleh diberikan baja NPK 12-12-12 yang telah dicairkan atau menggunakan mana2 baja bunga siraman yang ada dipasaran. Bagi petunia yang mahu dialih pasu, saya mencadangkan agar tanah baru dicampurkan baja organik yang tinggi bagi membolehkan bunga petunia berbunga serentak.
4) Pemangkasan
Bagi menghasilkan petunia yang berjurai2, saya biasanya memangkas pucuk setiap 10cm kebawah. Ini menggalakkan petunia untuk bercambah kebawah.
5) Rawatan Harian
Ini ialah tips yang diperoleh dari Nursery Man. Bunga petunia yang layu hendaklah dibuang bagi mengelakkan ia daripada menghasilkan biji benih. Ini kerana petunia akan menjadi kurang berbunga. Selain itu bunga yang layu ini akan menutup permukaan daun yg ditimpa dan seterunya menyebabkan daun menjadi rosak dan merebak sehingga semua daun mati.
6) Hujan
Petunia tidak sukakan air hujan kerana bunga yang terkena air hujan akan rosak dan melepuhkan keseluruhan daun.

Read more

About Me

My photo
I am more or less born to be politician with addition skils in science and arts. Proud to be malaysian. Now study in UNiversiti of Malaya doing Geology. Afraid of love but love to help people.